Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Gala bagi meraikan kehadiran Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta Republik Demokratik Timor-Leste, para pemimpin dan tetamu-tetamu khas yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, malam tadi.
Majlis Santap Malam Gala tersebut telah yang dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Kuala Lumpur dialu-alukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dan isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Persembahan Kebudayaan yang pelbagai turut menyerikan lagi Majlis Santap Malam Gala tersebut.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto